ketidakadilan…
Satu Topeng Sandiwara: n-Da
Ada tangis ku simpan
terbenam di hati, tak terkeluar
menjadi racun membunuh dalam diam…
Aku sesak,
dengan topeng sandiwara
satu imej gembira
berjaya membohongi ratusan wajah
demi ratusan hati yang lain,
memilih mengabaikan diri,
satu alasan ketidakadilan…
Ku sembunyikan segala sakit
sayup tangisan adalah senyum
jeritan batin dalam ketawa
dan mereka percaya
sedang aku rasa terhina…
Andai mereka memahami,
tidaklah aku membohongi diri…
…
*n-Da;
hanya bila hati ingin bicara…
************************************************************************
penat rasanya bila tiap kali mencoba menjaga hati org lain, sedang hati ini sakit tiada yg tahu, tiada yg sedar… kadang2 rasa mahu jadi spt mereka2 yg hidup tanpa memikirkan perasaan org lain, mungkin itu yg buat mereka2 itu tenang…kerna mereka tidak perlu fikir samada mereka membuat hati org lain terluka kerna tindakan mereka..bagi mereka sama saja…mungkin hidup aku lebih tenang kalo behave like that kali…but i choose not too, bukan ingin jadi good gurl tapi mnyakitkan hati org lain bagi aku, samalah spt melukakan hati sdiri… tapi anehnya mereka tidak pula merasakan begitu, boleh mngecilkan hati pihak lain, boleh beremosi n marah2 org lain, tapi tidak pulak mereka merasa kesilapan…mungkin mereka bangga jadi begitu, samada melukakan hati org lain sedar atau tanpa sedar, rasanya sudah tiada beza lagi bagi mereka…
dan aku, mangsa keadaan…bila tersepit di antara perangai2 pelik yg mereka2 pamerkan…dan aku pun kadang2 heran, di mana aku cari kekuatan ini untuk terus sabar… aku selalu cuba untuk pulih sendiri biar kalo mereka2 menyakitkan hati… rapuhkah aku? kerna tidak mempertahankan diri dan biarkan mereka berlaku tidak adil…tapi siapalah aku untuk bersuara… kebenaran hanya akan lebih menyakitkan…so better kita diamkan diri, kerna rasanya ini saja yg termampu aku lakukan…
sometimes buat aku berfikir gak, aku terus2 menjaga hati org lain, at the end…siapa yg akan jaga hati aku..?? …
_____________________________________________________________________





